CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 16, 2011

Tiramisu again and again..







hi all..takde apa nak cer kat entry ni..macam biasa lalui hari2 dengan memenuhi order customer..terutama order tiramisu again and again pastu lagsana, kek choc moist dan soft cotton japanese cheese cake..tak dilupakan blueberry cheese tart..jom layan jelah gambar..resepi semua dah ada saya bagi kat entry sebelum2 ni..rajin2 la search kat blog saya ye..

Friday, May 13, 2011

Cupcakes Hantaran Tema Pink Colour..

selamat pagi..entry pagi2 hari ni just nak tayang cupcakes yang saya buat semalam..act, saya terima order ni last minit..adik ni minta buatkan kek hantaran tunang..sebab dia terlupa nak tempah awal2..so saya pun dengan hati terbuka..hehe terima lah order ni..mula2 dia nak buttercream pastu bincang2 tukar la pulak nak fondant..oklah ikut jelah..nak 16 biji kaler pink..cupcakes ni saya guna Moist choc cake..buat pun last minit dengan bahan tak sedia..dahlah baru pergi cari bahan2 pastu dengan kecewa kedai lak tutup..ermm nak tolak order ni kesian pulak, saya decide buat jelah and guna apa yang ada..nasib baik pewarna pink masih ada stok..maka terhasil lah semacam ini..harap tuan punya adik Syafiqah puashati dan selamat bertunang..




Tuesday, May 10, 2011

SpongeBob birthday cake..

Morning y'all...entry pagi ni nak cerita pasal birthday ank sulung saya M.Zharfan Zufayrie..dah 6 tahun dah budak ni..lahir 01 Mei 2005..masa lahir cuma 7bulan sahaja..sbb dia tak sabar nak tgk dunia , so dia keluar awal..hehe..sekarang dan besar panjang, akal pun panjang..cerdik dah, pandai baca dan mengira..Moga anak ibu ni jadi anak yang soleh dan cerah masa depan..amin..nak cerita masa birthday dia, saya just buat sebiji kek tema SpongeBob ,request by him so ibu turutkan aje..dan sedikit buah tangan untuk kawan2 di sekolah..celebrate lepas waktu mengaji petang..bukan main seronok dan kawan dia pulak berebut nak makan cartoon SpongeBob..alahai budak2..kl tau ibu buat sorang satu..hehe..oklah ni cerita dah lama cuma baru sempat nak bubuh sini..








Monday, May 9, 2011

Promosi Awal Biskut Raya 2011









hi yall...tak kisah la org kata awalnya promot biskut raya..bukan apa as long as memudahkan kerja saya dikemudian hari..ye lah..saya nak kumpul order siap2 so leh trus concentrate bila dah cukup order..sbb lainnya jugak nak tumpu pada kek sama..biskut ingat2 nak ambil awal and kek dekat2 raya baru nak buat..tahun ni just nak tumpu kat Almond Choc Stripped, Pineapple Tart, Almond London, Suji, Bluberry Walnut dan ada lagi yang belum decide..almaklumla saya sorang je yg buat..ada 2 kaki dan 2 tangan aje..buat mana yang termampu..macam tahun lepas memang nak pengsan buat biskut raya sorang2..banyak order tapi alhamdulillah all done ikut time yg ditetapkan..kita cuci mata dulu lah ye biskut raya saya ni..

Resepi Pai Tee

salam all..semalam buat Pai Tee..fuhh sabor jelah buat benda alah ni..berpeluh2..bukan apa 1st time buat, ada yg patah la, keriuk la, gelembung la..last2 dah nak habis adunan tu baru terror skit buatnya..untuk buat Pai Tee ni kena ada acuan dia..carilah kat mana2 kedai jual barang2 dapur atau di Bakeri tu..Saya beli di kedai bahan2 kek kat Jitra ni aje..harga dia rm13.50...oklah sapa2 nak cuba membuatnya..kena ada kesabaran yang sangat banyaklah..oklah ni resepi yg saya guna..serach lam internet jugak..last2 jumpa..



RESEPI PAI TEE
source 1 : zaliana@myresepi
source 2 :
kak.ilahjy
Bahan-bahan

  • KULIT PAI
  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh air kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sk gula - resepi asal xde
  • 2 sudu besar tepung gandum - resepi asal xde
  • Acuan pai tee
  • INTI
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu sos tiram - hana tambah
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • - 1 batang lobak merah
  • - 1 biji sengkuang
  • - 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah - tumbuk kasar
  • Sos pencicah- hana mkn ngan sos cili thai
Cara-cara
  1. UNTUK KULIT PAI: *step by step rujuk my.resepi
  2. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
  3. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  4. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
  5. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  6. Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. .Toskan minyak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
  7. UNTUK INTI: Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
  8. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera. 



Saturday, May 7, 2011

Order 08 Mei 2011

Assalamualaikum..just nak tayang order hari ini..jangan marah ye..hihi ;)



Friday, May 6, 2011

cookies day..

hi all..takde apa yan menarik hari..just membosankan sebab husband takde kat rumah..dia stay kat Perlis with his friend Taufif..kunun nak stadi sama2..oklah tu at least dia stadi..kl duk rumah 5 min buka buku lepas tu tido terus..haha..banyak godaan pulak tu..harini saya cuti dari tempahan sebab nak harini hari mengemas rumah sedunia..dah habis kemas rumah takde apa nak buat, budak2 balik rumah Tokwan dia..tinggal yg kecik,Baby ni je..so ambil kesempatan la buat cookies2 baru..antaranya Cheddar Cheese cookie..malam kang nak buat pineapple tart and Neiman Marcus cookie..so harini digelar Cookies day..saya tunjuk dululah resepi n gambar ini ye...yg lain2 saya update later on ya..adiosss

CHEDDAR CHEESE COOKIE



250gm butter
600gm tepung redrose/tepung biasa
250gm grated cheddar cheese
1 teaspoon blackpepper
1.5 teaspoon salt
1/2 cup of fresh milk

gaulkan bahan2 diatas kecuali fresh milk..kemudian barulah masuk fresh milk sikit2 semasa menguli..
buat bentuk yg anda suka dan susun dlm loyang yg dilapik dgn parhment paper
sapukan dengan egg yolk di atasnya dan hiaskan dengan mozarella cheese dan dried parsley n bakar 200 degree about 20 - 25 min atau sehingga garing..

sekian..nice to try, nice to eat..