hi all..yang ni pulak cuppies untuk budak2 MRSM..diorang ada buat karnival..act yang ni adik ipar yang minta tolong buatkan...design simple2 aje..kek perisa coklat dan buttercream..so layannnn
Wednesday, February 16, 2011
cuppies for MRSM Kubang Pasu
Posted by surimancookies at 6:38 PM 0 comments
cupcakes butter cream with fondant roses
tunjuk gambar dulu ye..ini buat untuk customer saya dia nak tunang..buat 16biji kek butter..sehabis cantik dan simple saya buat dan harap berpuashatilah..tq kak huda dan dayah..so sapa2 nak tempah berdekatan sekitar Jitra, Alor Star dan Changlun bolehla hubungi saya ye..
Posted by surimancookies at 6:31 PM 0 comments
Monday, February 7, 2011
Soft Cotton Japanese Cheese Cake
this time saya nak bagi resepi yang sangat sedap kek keju..kalau banding kek ni kat king punya lagi sedap yang ni..lagi moist..saya buat pertama kali pun terus jadi dan agak senang jugakla nak buat tu..kek ni dah pernah saya buat jugak untuk balik kg dan memang sedap famili sana oyak..hihi ini resepinya ye kalau nak cuba..rasa2nya macam nak buat pulak untuk tetamu saya hari jumaat ni..nak kena gi kedai lah cari bahan2 pulak..cream cheese dah habis stok dalam peti ais buat popcake hari tu..oh ye popcake punya gambar dan resepi pun belum masuk lagi ek..oklah nanti ada masa dan jodoh kita ketemu lagi..selamat mencuba resepi ini..adiosss
bahan2: (saiz 8 inci)
bahan A:
-250gm cream cheese
-50gm butter
-100ml susu segar
-6 biji telur kuning
-1sdb jus lemon
-1/4 sdk garam
-60gm tepung kek/superfine
-20gm tepung jagung
bahan B:
-140gm gula granulated
-6 biji telur putih
-1/4 sdk cream of tartar
CARA-CARA:
- cairkan cream cheese bersama butter dan susu segar dengan menggunakan teknik 'double boiler'.Bila adunan dah cair, biar dan sejukkan
- bila dah sejuk, masukkan kuning telur, garam, jus lemon , tepung dan tpg jagung dan kacau hingga sebati
- dalam bekas yang lain, pukul telur putih sehingga foamy dan masukkan gula dan cream of tartar dan pukul lagi sehingga soft peak(sampai bertanduk)-maksudnya adunan tak jatuh dan pekat
- campurkan adunan A dalam adunan B dan kaup balik.
- sediakan acuan yang dilenser dengan minyak/mentega dan lapik dengan baking paper.
- tuang adunan ke dalam acuan
- balut acuan adunan di sebelah luar dengan aluminium foil agar air tak masuk dalam kek
- bakar pada suhu 160 degrees selama kira2 45-55minit dengan teknik WATERBATH
- WATERBATH -DALAM DULANG BUBUH AIR KEMUDIAN BARU LETAK ACUAN KEK TADI.INI UNTUK MELEMBABKAN KEK
Posted by surimancookies at 10:09 PM 0 comments


