CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 26, 2011

Kuih Cara Berlauk

resepi ni ambil dari blog hazlin Nazri ..sangat mudah preparation nya..saya buat dah lama cuma nak share resepinya aje untuk tatapan semua..layannnnnnnnnnn


kita share bahan-bahannya:
untuk inti :

  • daging (akak beli daging fresh ~ cincang sendiri)
  • 3 sudu rempah kari daging
  • 3 biji bwg kecil / 1 ulas bwg putih
  • garam/gula secukup rasa
  • karot potong dadu kecil ~ sengaja akak bubuh
untuk adunan tepung :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan then campur 1 cawan air
  • sebiji telur
  • garam, serbuk kunyit
Cara memasaknya:
untuk inti:
  1. tumis bawang dan serbuk kari hingga naik bau.
  2. masukkan daging dan masak hingga empuk
  3. masukkan karot, garam/gula ~ kacau hingga agak kering..
seterusnya:
  1. masukkan tepung, telur, garam dan serbuk kunyit dalam bekas ~ gaul rata
  2. masukkan air santan tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan tepung tidak bergentel...
  3. panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak atasnya supaya tak melekat.
  4. masukkan adunan tepung tadi ~ sekadar 3/4 penuh
  5. masukkan inti daging, taburkan bawang goreng, hiaskan dengan cili dan daun sup
  6. tutup untuk hasil yg lebih memuaskan...

0 comments: