hello all..lamanya tak masuk sini..sibuklaa..minggu lepas ada 1 paper untuk final exam sem ni..lagi 2 paper hujng minggu ini pulak.. tu yang dah berkebuk ye..tapi masak tetap masak..oklah nak cerita baru ni ada buat tiramisu dan ambil gambar share kat kongsi resepi di fb..hehe disebabkan ramai nak resepi so saya tayangla kat sini ye..resepi ini saya reka sendiri dan tak cilok mana2 pun tapi ada buat rujukan sikit untuk hiasannya aje..so apa ditunggu lagi jom buat sendiri..
resepi bahan kek span coklat: ( loyang 6'X6')
-250gm mix sponge kek (yang ni beli siap kat kedai..kalau rajin leh buat sendiri kl ada resepi kek span)
-250gm telur
-63gm air sejuk
-63gm mentega cair
masukkan semua bahan2 dan pukul sehingga kembang dan bakar kek pada suhu 180 celcius selama 40min.
**kalau taknak guna kek span, boleh juga guna ladies fingers biscuit yang dijual dikedai bakeri..saya takguna sebab agak mahal ongkosnya..saya ni suka meminimumkan kos..
dah masak keknya potong empat layer dan ketepikan seketika.sementara itu sediakan adunan cheese ya.
bahan2 lapisan cheese:
-250gm cream cheese
-200ml whipping cream
- setengah cawan gula castor
pukul bahan diatas sehingga kembang dan sebati.
untuk melapis tiramisu, sediakan secawan air nescafe iaitu 3 sudu nescafe dengan secawan air suam. dan coklat ganache serta serbuk koko untuk hiasan.
cara2 melapis:
1. lapiskan 1 layer kek span kemudian tuang sedikit air nescafe ke seluruh kek, kemudian coklat ganache..
2. lapisan kedua seperti atas juga dan seterusnya..sampai dapat 4 lapis dan atas sekali tabur dengan serbuk koko (guna penapis teh) dan coklat parut serta strawberi untuk kelihatan lebih mengasyikkan..
3.sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dimakan bila kek sudah mengeras..
selamat mencuba..nice to try, nice to eat..
Ayam Halia Campak-Campak
2 months ago
0 comments:
Post a Comment