selamat pagi...hari ini nak cerita pasal kek coklat lembap ni pulak..sepanjang duk buat kek ..ha kek ni la paling banyak sekali saya terima order..boleh dikatakan setiap hari tu mesti ada..kek ni sangat sedap sebab sangat moist dan tak jemu makan tambah pulak budak-budak..kek ini bertambah lazat bila kita letak topping dan hiasan sekali..bila lihat memang menggiurkan..meleleh...sapa nak resepi ni saya tepek kat sini ye..
bahan A:
-1 cwn serbuk koko
-1 cwn gula
-1 cwn susu cair
-1 cwn minyak jagung/apa2 minyak masak pun boleh
-1/2 cwn susu pekat
bahan2 A dimasak di dalam periuk sehingga gula larut dan disejukkan
bahan B:
-telur 3 biji pukul sehingga kembang
bahan C: (semua diayak)
-1 1/4 cawan tepung gandum
-1 sdt soda bikabornat
-1 sdt baking powder
topping:
-coklat masakan
-susu cair
minyak masak/mentega
* masak secara double boiler..
cara2:
masukkan bahan B yang telah kembang ke dalam bahan C yang telah diayak.pukul sehingga sebati kemudian masukkan bahan2 A yang telah dimasak dan kaup balik sehingga mesra2...
masukkan dalam loyang dan periuk kukus yang telah diisi air dan sedia untuk dikukus selama 1 jam dan pastikan tudung periuk dibalut kain supaya air tidak menitik.
selamat mencuba kawan2...
Saturday, February 26, 2011
Moist Choc Cake
Posted by surimancookies at 4:28 PM 0 comments
donut kentang gebu...
500 gm tpg gandum
1 paket yis
2 @ 3 biji kentang direbus dan diblend
3 sd susu pekat
garam
gula sikit
mentega 2sd
shortening 2sd
air suam 1/2cwn( untuk campur dgn yis)
uli semua bhn2 dan biar kembang 2x ganda br terap bentul donut
lepas terap tu biar kembang sekali lg br goreng n gaul gula castor
Posted by surimancookies at 4:19 AM 0 comments
Monday, February 21, 2011
cooking tips
hello hi all...i just want to share with you about some of cooking tips that i founded and searched from e-cookbooks.net and really interested me to do at my kitchen..no need to buy anymore..just mixes and get your spice by your own..i hope this will help you too
Make Your Own Spice Mixes:
FIVE SPICE POWDER
1 tsp. Ground cinnamon
1 tsp. Ground cloves
1 tsp. Fennel seed
1 tsp. Star anise
1 tsp. Szechwan peppercorns
ITALIAN HERB SEASONING
1 tsp. Oregano
1 tsp. Marjoram
1 tsp. Thyme
1 tsp. Basil
1 tsp. Rosemary
1 tsp. Sage
CINNAMON SUGAR
7/8 cup Granulated sugar
2 Tbsp. Ground cinnamon
TAMARIND PASTE
1 tsp. Dates
1 tsp. Prunes
1 tsp. Dried apricots
1 tsp. Lemon juice
CHILI POWDER
3 Tbsp. paprika
1 Tbsp. ground cumin
2 Tbsp. oregano
1 tsp. red or cayenne pepper
1/2 tsp. garlic powder
Posted by surimancookies at 6:53 PM 0 comments
Saturday, February 19, 2011
pau/roti goreng
adunan ni leh buat cakoi dan pau goreng
400gm tepung gandum**standby extra tepung jika adunan masih lembik dan melekat di tangan
6gm yis
1/2 sdb shortening
1sdb margerin (cairkan dan sejukkan)
1 biji telur
1sdb susu pekat
sedikit garam
1 1/2 cawan air
cara2:
-kacau telur dan ketepikan
-larutkan yis dengan air dan 1sdb gula(tunggu hingga kembang)
-satukan tpg gandum+garam+shortening+susu+telur+yis+marjerin cair..uli sehingga lembut
**jika adunan masih melekat tambah lagi tepung dan uli sehingga tidak melekat di tangan
-masukkan dalam plastik dan uli dengan plastik kerana ini adalah petua untuk melembutkan doh
-kemudian uli sekejap lagi dan biarkan doh selama 4jam dan tutp dengan kain lembap dan doh akan kembang 2 kali ganda
-selepas kembang barulah potong2 kecil dan isi dengan inti dan biarkan seketika sebelum digoreng dengan api yang sederhana kuat.
Posted by surimancookies at 8:03 AM 0 comments
kek karamel
Assalamualaikum..
harini weekend tak pergi mana2 pun..duk rumah sebab asyik telan ubat batuk dan tidur jelah aktivitinya..semua anak kena batuk..budak2 pun asyik layan tv tengok kartun..entry harini nak cerita resepi kek karamel yang dah lama buat..baru nak masukkan dalam blog nih sbb ada orang request resepinya...kek ini sangat sedap macam icecream jugak dan tak muak..sekali makan nak lagi dan lagi..memang sekejap je dah habis 1 biji kek..kalau kawan2 nak cuba kena ikut step by step ye..agak mudah tapi kl silap step memang tak menjadi..saya pun kali ke 2 baru jadi elok karamel dia..sebelum ni adunan karamel agak cair so bila nak telangkup masa sejuk dia pecah..
ini resepinya ye..
bahan2...
...
2 sudu besar gula...jadikan gulakan gula hangus.ratakan atau tabur pd keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang
bahagian atas
1/2 tin susu cair
60 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
kacau sebati..jangan sampai berbuih
lapisan kek (A)
140 gm tepung gandum
60 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
pukul telur kuning,air dan minyak hingga kembang..masukkan gula..pukul kembang lgi hingga naik skali ganda.masukkan tepung yng dicampur b.powder.ketepikan
meringue (B)
6 telur putih
60 gm gula castor
1 sudu teh krim tar2
pukul hingga kembang dan tak menitis..
campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN DENGAN SPATULA
****masukkan karamel dalam loyang...masukkan adunan kek yng telah diwarnakan.
40 minit yang pertama letak loyang dibhgian bawah oven..1/2 jam yng akhir alih loyang ke atas.masak care double boiler untuk mengelakkan karamel hangus..
biarkan sejuk baru terbalikkan dia dan makan sejuk memang best..
Posted by surimancookies at 7:02 AM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
moist choclate cake..
terima kasih to et kerana tak putus2 tempah kek coklat basah ni..gambar ni dah lama cuma lum publish masuk blog je..just nak share with u all..sebijik rm20 aje..self pickup lah..macam biasa berminat hello2 aje saya..hehe
Posted by surimancookies at 6:45 PM 0 comments
cuppies for MRSM Kubang Pasu
hi all..yang ni pulak cuppies untuk budak2 MRSM..diorang ada buat karnival..act yang ni adik ipar yang minta tolong buatkan...design simple2 aje..kek perisa coklat dan buttercream..so layannnn
Posted by surimancookies at 6:38 PM 0 comments
cupcakes butter cream with fondant roses
tunjuk gambar dulu ye..ini buat untuk customer saya dia nak tunang..buat 16biji kek butter..sehabis cantik dan simple saya buat dan harap berpuashatilah..tq kak huda dan dayah..so sapa2 nak tempah berdekatan sekitar Jitra, Alor Star dan Changlun bolehla hubungi saya ye..
Posted by surimancookies at 6:31 PM 0 comments
Monday, February 7, 2011
Soft Cotton Japanese Cheese Cake
this time saya nak bagi resepi yang sangat sedap kek keju..kalau banding kek ni kat king punya lagi sedap yang ni..lagi moist..saya buat pertama kali pun terus jadi dan agak senang jugakla nak buat tu..kek ni dah pernah saya buat jugak untuk balik kg dan memang sedap famili sana oyak..hihi ini resepinya ye kalau nak cuba..rasa2nya macam nak buat pulak untuk tetamu saya hari jumaat ni..nak kena gi kedai lah cari bahan2 pulak..cream cheese dah habis stok dalam peti ais buat popcake hari tu..oh ye popcake punya gambar dan resepi pun belum masuk lagi ek..oklah nanti ada masa dan jodoh kita ketemu lagi..selamat mencuba resepi ini..adiosss
bahan2: (saiz 8 inci)
bahan A:
-250gm cream cheese
-50gm butter
-100ml susu segar
-6 biji telur kuning
-1sdb jus lemon
-1/4 sdk garam
-60gm tepung kek/superfine
-20gm tepung jagung
bahan B:
-140gm gula granulated
-6 biji telur putih
-1/4 sdk cream of tartar
CARA-CARA:
- cairkan cream cheese bersama butter dan susu segar dengan menggunakan teknik 'double boiler'.Bila adunan dah cair, biar dan sejukkan
- bila dah sejuk, masukkan kuning telur, garam, jus lemon , tepung dan tpg jagung dan kacau hingga sebati
- dalam bekas yang lain, pukul telur putih sehingga foamy dan masukkan gula dan cream of tartar dan pukul lagi sehingga soft peak(sampai bertanduk)-maksudnya adunan tak jatuh dan pekat
- campurkan adunan A dalam adunan B dan kaup balik.
- sediakan acuan yang dilenser dengan minyak/mentega dan lapik dengan baking paper.
- tuang adunan ke dalam acuan
- balut acuan adunan di sebelah luar dengan aluminium foil agar air tak masuk dalam kek
- bakar pada suhu 160 degrees selama kira2 45-55minit dengan teknik WATERBATH
- WATERBATH -DALAM DULANG BUBUH AIR KEMUDIAN BARU LETAK ACUAN KEK TADI.INI UNTUK MELEMBABKAN KEK
Posted by surimancookies at 10:09 PM 0 comments