CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 7, 2011

Soft Cotton Japanese Cheese Cake

this time saya nak bagi resepi yang sangat sedap kek keju..kalau banding kek ni kat king punya lagi sedap yang ni..lagi moist..saya buat pertama kali pun terus jadi dan agak senang jugakla nak buat tu..kek ni dah pernah saya buat jugak untuk balik kg dan memang sedap famili sana oyak..hihi ini resepinya ye kalau nak cuba..rasa2nya macam nak buat pulak untuk tetamu saya hari jumaat ni..nak kena gi kedai lah cari bahan2 pulak..cream cheese dah habis stok dalam peti ais buat popcake hari tu..oh ye popcake punya gambar dan resepi pun belum masuk lagi ek..oklah nanti ada masa dan jodoh kita ketemu lagi..selamat mencuba resepi ini..adiosss

bahan2: (saiz 8 inci)

bahan A:
-250gm cream cheese
-50gm butter
-100ml susu segar
-6 biji telur kuning
-1sdb jus lemon
-1/4 sdk garam
-60gm tepung kek/superfine
-20gm tepung jagung

bahan B:
-140gm gula granulated
-6 biji telur putih
-1/4 sdk cream of tartar

CARA-CARA:

  1. cairkan cream cheese bersama butter dan susu segar dengan menggunakan teknik 'double boiler'.Bila adunan dah cair, biar dan sejukkan
  2. bila dah sejuk, masukkan kuning telur, garam, jus lemon , tepung dan tpg jagung dan kacau hingga sebati
  3. dalam bekas yang lain, pukul telur putih sehingga foamy dan masukkan gula dan cream of tartar dan pukul lagi sehingga soft peak(sampai bertanduk)-maksudnya adunan tak jatuh dan pekat
  4. campurkan adunan A dalam adunan B dan kaup balik.
  5. sediakan acuan yang dilenser dengan minyak/mentega dan lapik dengan baking paper.
  6. tuang adunan ke dalam acuan
  7. balut acuan adunan di sebelah luar dengan aluminium foil agar air tak masuk dalam kek
  8. bakar pada suhu 160 degrees selama kira2 45-55minit dengan teknik WATERBATH
  9. WATERBATH -DALAM DULANG BUBUH AIR KEMUDIAN BARU LETAK ACUAN KEK TADI.INI UNTUK MELEMBABKAN KEK
SELAMAT MENCUBA..

0 comments: