CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 20, 2011

hari-hari masak...

Salam all..tengok tajuk sama dengan blog name je..everyday cooks..hari-hari masak..ahh sama lah tu..ada orang tanya..hei tak penat ke hari-hari masak..pastu saya jawab..abis anak2 saya nak mkn apa kalau tak masak..kl beli sekali pun tak sedapla, itu la ini lah..yang penting saya suka masak untuk famili saya..tapi bila ada time menguzurkan saya tak boleh masak tu tapau jelah..nak buat macamna kan..masak lagi puashati, nak makan banyak pun tak pe..hehe..lagipun kita lagi tahu kebersihan macamana berbanding di kedai tu kita mana tahu dia tu pakai bahan2 yang fresh ke dan bersih ke tak bersih cara dia masak..as long as you all pandai cari kedai makan yang bersih lagi halalan toyyiba..oklah jom kita layan gambar masakan untuk hujung minggu ini..semuanya banyak berasaskan jagung..hehe beli jagung kat farm dia, agak murah sket rm10 dapat 14 jantung yang sangat besar gedabak..rasanya ini jagung madu sebab natural dah manis tak payah tambah gamram dan gula..

kek lapis prune ni untuk orang order..sapa nak order sila lah ye..

samosa inti chicken pie..sapa nak resepi pls leave a comment

jagung manis yang dah direbus

jemput2 jagung..sedap..

sante fingers..ini pun untuk org order jugak..rm20/1bks(30pcs)

Friday, March 18, 2011

sarapan pagi dengan Nasi Lemak Ben 10

Selamat pagi semua..hari ini weekend dan macam biasa kena masak pagi2 sebab husband dan anak2 ada..harini saya masak nasi lemak..asalnya putih je..tapi tiba2 teringat anak saya pesan nak nasi kaler hijau..so saya just tambah kaler je lah..bukan lain pun...sama je rasanya..macam sungguh budak sekarang ni ye...pandai nak demand..kalau saya dulu makan je apa yang mak masak..ini tidak, kalau tak penuhi permintaan diorang tak makan la jawabnya..tapi untuk anak tu kan buatla..takut kang kempunan pulak..erm..hari ni tghari tak masak kot sebab saya masak nasi lemak ni dengan kuantiti yg banyak so sampai ke tghri lah jawabnya..malam karang baru masak pulak..menu tu belum pikir lagi..lagi pun tghri ni nak siapkan order cust yang nak kek lapis prune dan sante fingers...oklah layan gambar nasi lemak Ben 10 saya ni ye..adiosss..

nasi lemak Ben10 dengan sambal bilis, sotong celup tepung dan telur mata

roti pita dan kebab daging


Assalamualaikum semua..ramai ye yang nak resepi roti pita dengan kebab daging..hehe memang mengancam bila saya post gambar kat fb..hehe bukan nak bg jeles tau just nak sharing je..jgn marah pulak tgk hari2 post gambar makanan aje..sambil post gambar saya pasti bg resepi untuk dishare sama2..oklah tak mau celoteh panjang2 mlm ni..jom kita lihat resepinya ye..resepi roti pita saya ambil dari myresepi..simple n menjadi kl ikut step by step..tak percaya?????buatla dulu br tahu..



resepi roti pita

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak
2.5g dry yeast
Cara-cara Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.


resepi daging kebab
Sumbangan : Zunita Nasuha

Daging batang pinang atau Ayam (dicincang halus/blend)
3 ulas bawang putih
Sos tomato secukup rasa
Sos cili secukup rasa
Mayonis secukup rasa
Bawang merah, timun, tomato dipotong dadu ikut suka banyak mana
Bahan-bahan perap
(Digoreng dan ditumbuk/mesin)
1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih
Cara-caranya
1. Hiris daging nipis-nipis dan lebar-lebar.
2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama 2 jam atau lebih.
3. Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan panaskan hingga kering (seperti style nak membuat steak).
4. Setelah daging kering, potong daging tadi kecil-kecil.
5. Potong bawang merah, timun dan tomato .
6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis.
7. Sedia dimakan dengan roti.

Thursday, March 17, 2011

brownies

hi all..entry kali ni nak bagi resepi brownies..simple aje but sedap..budak sangat suka itu yg penting..hehe..semalam penat siapkan order kawan ni..dia order tart nenas dan kek coklat ..so alang buat kek coklat nak menerai lah pulak brownies yang dicilok dari blog favourite sape lagi kl bukan mamafami..tq mama blog mama dah jadi tok guru bg saya..saya pun ambil la resepi paste kat sini untuk rakan2 blog jugak ye..sharing is caring ye dak..


sumber asal : wssary@myresipi.com
source :
hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan : 
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula (hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang)
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.


Wednesday, March 16, 2011

Pau Gebu

hari ni buat pau..kata dapur cuti..hehe tapi masak jugak sebabnya teringin nak makan pau inti kacang merah..resepi ni saya ambil dari website jintanmanis, kak ros..sapa nak resepi ni silalah cedok ye..



Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

cara2:



***saya guna inti kacang merah dan kaya yang dah siap kat bakeri ye..

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

yang ni tgh tunggu pau naik sebelum kukus..gambar yg dah masak tak sempat bergambar sbb packing2 bagi mak mertua dan jiran2..

Tuesday, March 15, 2011

my dream kitchen

hari ni dapur saya cuti sebabnya banyak kenduri dekat umah ni..belah sepupu suami pun ada..tghari ni memang full lah..bercakap pasal dapur ni, sejak kahwin dok impi dapur yang sangat luas dan putih bersih serta lengkap dengan alat2 elektik dapur ..selain tuh nak asingkan wet kitchen dan dry kitchen dan di wet kitchen tu ada island macam kitchen orag putih lah..wah..tercapai kah impian saya nih..insyaallah..suami saya dah pun siap design ikut citarasa saya..Insyaallah lepas je semua habis belajar nih..kita buat rumah la..sebut pulak rumah nih...rumah yang kami beli masa duk Johor pun belum terjual lagi sebabnya belum cukup 5thn tempoh pembelian..nak bg sewa tak laratla nak kutip hutang la, nak maintain la..dahla duk jauh..rindu pulak rumah di Johor tu..saya sangat sayang rumah tu..bayangkan dah renovate cantik2..6bln je sempat duduk last2 balik menetap di kampung..apapun..semoga impian saya terlaksana dan tercapai..aminn



Monday, March 14, 2011

Rendang Pedas Ayam Bersama Pulut Kuning

hari ini hari selasa 15 Mac 2011..takde hari spesel pun sebenarnya..hehe cuma harini hari yang sangat sibuk sebab kena kemas umah dan melipat 2 bakul besar kain baju..dan harini terlebih rajin nak masak pulut kuning dan rendang pedas..untuk budak2 saya goreng ayam berempah makan bersama pulut, jadilah pulut ayam..macam yang kat Chiangmai tu..cuma bezanya pulut diorang tawar tak masuk santan pun..first time rasa masa pergi ke Wang kelian..sedap jugak..dia bubuh skali bawang goreng..ayam tu dia panggang dan ada juga goreng berempah..sapa nak rasa silalah ke sana atau pun cubalah buat sendiri baru tahu..dan menu untuk makan petang ni pulak..apa ye..buah pelam dengan kuah rojak Mak Bee kot..apa pun layannnnnnnnn













 

pizza sosej untuk aban

semalam baru je balik kenduri terus bikin ini piza.aban yang request..kesian tgk dia tak makan apa 1 hari sbb demam yang tak kebah2..bila tanya aban nak makan apa..trus dia jawab nak piza sosej tak mau sayur..ini jelah yang dia makan ..bg nasi taknak..takpelah asalkan makan..piza ni simple aje..bubuh sosej, cheese dan mayonis dan sapu sikit piza sos..simple2 pun ibu pun makan banyak keping jugak..makan nasi kenduri tak berapa nak lalu sebab entahlah..malaslah nak habaq sini..diam2 sudaaa..

Sunday, March 13, 2011

order Kak Jah

ini order dari kak jah..dari jitra jugak..katanya dia nak kek ni kosong je taknak deco2 sbb anak2 dia tak makan aising katanya..kak jah cakap sedap sangat kek ni ..lebih sedap dari bakeri yg kat KING dan fairy tu..thanks ye kak jah..lain kali order lagi..sapa nak resepi cuba tgk ada dah saya bagi..bulan lepas..


Saturday, March 12, 2011

tempahan kek dan biskut

semalam 12/3 hari yang sgt busy sebab banyak tempahan kek dan biskut..terima kasih banyak2 sapa yang order kek dan biskut ni antaranya Kak Eda, Makcik Ainon, Aina dan Kak sorang lagi terlupa namanya..semua dari Fb yang duk dekat2 leh self pickup..kita layan gambar kek dan biskut ye

 yang ni kredit gambar to Kak Eda..gambar saya tak clear..yg ni nampak terang dan cantik..



Wednesday, March 9, 2011

Kuih tepung Pelita AKA kuih sampan

ini adalah pertama kali mencuba resepi ni..ikut majalah rasa tahun 2009..alhamdulillah menjadi dan terasa hilang kerinduan saya kat kampung..nak sangat mencuba dan makan kuih ni..kalau cari kat Negeri Kedah ni..susahnya nak dapat..so sapa nak cuba..silakan copy resepi ye..jgn copy aje, buatla sekali..tak cuba tak tahu ..


mula2 tu buat acuan sampan dulu dengan menggunakan daun pisang..atau pun nak moden guna plastik container bulat2 kecik2 tu pun boleh..

dan panaskan kukusan sebelum mulakan adunan.

bahagian bawah:
-bancuhkan 220gm tepung gandum bersama 1 liter santan cair + pandan essence + pewarna hijau dan kacau sebati

bahagian atas:
-pati santan pekat 250ml +setengah cwn tepung beras+secubit garam

cara2 megisi dan membuat:
- isi setengah sudu besar gula ke dalam kelongsong dan tuangkan adunan bahagian bawah sehingga separuh kelongsong..kemudian kukuskan selama 10-15min dan angkat.

-tuangkan pula pati santan ke atas kelongong tadi sehingga hampir penuh dan kukus semula sehingga masak anggaran 10-15 min..

-sedia dimakan dan enak dimakan jika disimpan sejuk dalam peti sejuk..


selamat mencuba

Tuesday, March 8, 2011

makan sorang2..

malam tadi rasa sunyi pulak bila anak2 masuk tido awal lepas maghrib..en suami pulak ada kelas kat Unimap..erm memang sunyilah tambah pulak hujan turun...tak tahu nak buat apa perut terasa lapar masuk dapur tengok ada sup tulang tengahari tadi...apalagi..celup mi dengan air panas dan masuk dalam sup tulang..tambah sedikit cili jeruk dan bawang goreng..alhamdulillah kenyang makan..makan sorang2 ni tak syok..makan en suami lagi bes sebab seronok tengok dia makan terutama kalau saya yang masakkan..dia cukup suka even lauk biasa2 aje..kalau nak tunggu hari untuk makan bersama hanya ada hari khamis, jumaat dan sabtu jelah..tiap2 hari dia balik lewat, kelas habis kul 10 mlm..perjalan jauh sampai rumah kadang2 pukul 12 tgh malam kalau ada discussion group..takpe lah sabar..sekejap je..pejam celik masa cepat berlalu..susah2 sekarang..senang2 kemudian ye dak..apa pun saya sentiasa bagi semangat untuk suami saya tak kira masa dan keadaan..luv you dear..apa pun jom layan gambar Mi sup tulang ye..sekadar paparan gambar semata-mata


Kek Marble Trio-Plain+Strawberi+Chocolate

pagi tadi teruja membikin 1 biji kek yang dah lama diperap resepinya..saya ni suka salin resepi dan cuba tapi yang ni je asyik tangguh2 sbb duk pikir sedap ke tak sedap dan siapalah nak habiskan sebiji kek ni..tapi bila dah buat..suka rasanya sebab sangat sedap dan sangat gebu..saya dah siap packing untuk cikgu anak2 kat tadika dan staff suami kat pejabat supaya nanti diorang boleh mencuba selain dari itu saya dan anak2 ajelah yang makan kasi licin..anak2 pun suka..anyway, resepi ni saya ambil via mamafami kredit to CMG..thanks ye

saya copy paste kan kat sini sebijik sejebon dari mamafami punya blog ..sapa nak cuba silakan..


KEK MARBLE TRIO
Source :via mamafami kredit to Cik Mat Gebu

Ingredients :

300g butter
280g flour*
1 tablespoon milk powder*
1 teaspoon baking*(sift together all ingredients marked *)
5 large eggs
1 tablespoon ovalette (cake stabiliser)
250g castor sugar
50ml fresh milk
1 1/2 teaspoons chocolate emulco
1 teaspoon strawberry emulco
1 /2 teaspoon rose essence
a tint of pink coloring

METHOD :

1. sediakan 8 x 8 x3 inci loyang kek..lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
2. pukul butter sehingga berubah warna sedikit(saya hanya pukul pakai whisk aje)kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama tepung susu dan baking powder tadi sedikit demi sedikit,pukul sehingga sebati kemudian ketepikan.

3. dalam bekas yang lain, pukul telur bengan ovalet menggunakan mesin pemutar kalau ada.kalau takde guna tangan aje.
4. masukkan gula sedikit demi sedikit kemudian sambung pukul lagi (laju) sehinggalah adunan sangat lembut dan agak pekat.
5. kemudian masukkan adunan butter+tepung tadi dan pukul dengan kelajuan yang sederhana.masukkan sikit demi sedikit.
6. masukkan susu segar dan rose essence(optional)
7. bahagikan adunan kek ini kepada 3 bahagian. 1 bahagian plain, 1 bahagian masukkan paste strawberi+pewarna pink dan adunan ke-3 masukkan coklat emulco.
8. masukkan 2 sudu besar adunan plain kemudian lapiskan dengan adunan coklat dan seterusnya strawberi dan seterusnya dan ulang sehingga habis.
9. bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 40-45 min atau sehingga kek masak.



Monday, March 7, 2011

TaRt TeLoR

semalam saya buat tart telur sebelum budak2 balik mengaji..buat sikit je dalam 12 biji separuh adunan sbb buat banyak takut tak habis..bila dah siap simpan siap2 dalam peti bagi sejuk..bila budak2 dah balik..kata lapar la..bukak peti ais nampak tart ni..so ape lagi bedal habis budak2 ni sampai ibunya pun sempat sebiji untuk bergambar..isk2 lapar sungguh anak2 ku..tambah pulak tadi tengahari tak makan nasi sebab dah kenyang makan pulut ayam..apa pun tart ni memang sedap..sapa nak cuba bolehla ye..resepi ni saya ambil dari bro Rozzan..thanks ye

EGG TART

Pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.cara: Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven. Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair) 

Thursday, March 3, 2011

panasnya cuaca sekarang

sekarang kemain lagi panas ..anak2 pun demam je sbb diorang tak banyak minum air..boleh dikatakan tiap2 minggu mesti shopping ubat kat klinik Hidayah di alor star..sorang satu plastik..masuk ibu ngan abah dia lagi..tak ke banyak tu...untuk bagi anak2 saya selalu minum banyak air kena la pandai sikit..contohnya buat air yang diorang suka bubuh dalam botol yang comel2..selalu buat air sirap manis2 buah aje, air susu, air jus dan sebagainya asalkan cecair dalam badan mencukupi sesuai dengan cuaca sekarang..
ha untuk hari ini menu spesel fruit coktail apa yang ada je kat dapur khas untuk my famili..bahannya sangat mudah, susu cair, nata decoco, fruit coktail dalam tin, biji sagu dan bahan2 tambahan terpulang la nak tambah ikut citarasa masing2..sampai sini dulu nanti kita cerita lagi ye..bye

Megi Kungfu seadanya..

ini adalah resepi guna bahan apa yang ada dalam peti ais je..Husband request menu tapi taknak nasi..so bedal jelah apa yang ada..tapi memang sedap la walaupun ringkas aje..kuahnya yang pekat rasa pedas cabai dan rasa sotong, telur tu..fuhh puashati makan semangkuk besau ni..



Tuesday, March 1, 2011

Marble Cheese Brownies





ha nampak tak gambar kek tu..nampak je tak elok sebab first trial kan.tapi rasa dia memang sedap..bawah tu choc brownies dan atas tu cheese..bab nak lorek tak berapa menjadi sikit sebab terlampau exited nak melorek..last2 jadik cam serabut sebab banyak sangat garisan dan bila bakar, garisan itu jadik cam kembang dan nampak rapat2..so moralnya next time kena buat lagi halus garisan dia dan garisan jangan banyak sangat..sapa nak cuba sila la cuba..saya ambil resepi dari CMG..


BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (as guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
2 sdb fresh milk

CARA MEMBUATNYA :-

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

biarkan sejuk dalam peti ais supaya senang nak potong selama 45 min sebelum
dipotong

sumber: cik mat gebu

panna cotta pudding

saya ambil dari website italian resepi .. tambah fruits coktail sikit n garnish ngan fresh cream n strawberi

Ingredients

* 1/8 cup sugar
* 1 ½ tsp vanilla pure extract
* 1 cup heavy cream
* 1 package of unflavored gelatin
* 2 cups of whole milk

Directions:

Pour the cup of milk into the big saucepan and combine the gelatin. Allow everything to sit and be softer in just 5 minutes. Then you must place the saucepan with low heat and stir consistently for complete 5 minutes until all the gelatin has been dissolved. Add the rest of the cream, milk and vanilla.

Now turn the heat and cook as you stir frequently. Stop when it starts to bubble but make sure that it does not boil. When you put in the sugar and it is completely dissolved, then you can remove the saucepan from the heat. Let it cool for 10 minutes and prepare the ramekins.

Spray all the ramekins over the cooled mix and chill inside the refrigerator for a total of 2 hours and even as long as overnight. Use a cooking spray.