hari ni buat pau..kata dapur cuti..hehe tapi masak jugak sebabnya teringin nak makan pau inti kacang merah..resepi ni saya ambil dari website jintanmanis, kak ros..sapa nak resepi ni silalah cedok ye..
Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
cara2:
***saya guna inti kacang merah dan kaya yang dah siap kat bakeri ye..
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.
3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
yang ni tgh tunggu pau naik sebelum kukus..gambar yg dah masak tak sempat bergambar sbb packing2 bagi mak mertua dan jiran2.. |
0 comments:
Post a Comment