CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 27, 2011

Projek terbaru:Melapis Kek..sukanya

ha...ni projek terbaru saya iaitu kek lapis..cam jatuh cintalah pulak melapis kek ni..ni my first try lapis kek prune dan choc chips..saya guna 1 adunan aje tapi dapat buat 2 flavour..walaupun penat melapis satu-satu..lama jugaklah nak siapkan dan terasa susah jugak for beginner macam saya ni..no wonderlah harga kek lapis ni mahal..Secret Resepi ni saya dapat dari Kak Watie..salah seorang rakan Fb dan merangkap customer saya juga dan saya pun customer dia jugak..hihi...keknya sangat sedap sebab ramuan memang guna tepung Hong Kong, horlicks dan prune pun guna jenama sunsweet tu..jom cuci mata tengok kek lapis saya ye..lepas ni nak cuba kek lapis coklat, cadbury, strawberry, keladi..pasaran sangat luas time raya nih..kena pulun la nih..

kek lapis prune

kek lapis choc chips

Wednesday, January 26, 2011

Hari2 yang memenatkan...fuhhh..

salam satu malaysia semua..harini nak cerita pasal semalam punya aktiviti yang saya buat..apa lagi kalau bukan cooking and cooking...satu hari full..daripada packaging tepung segera, buat kek orang order, buat lunch untuk family dan tempahan kuih2 untuk customer yang duk dekat2 ni...meh tengok kek hasil yang saya dah buat..kalau sapa nak resepi silalah comment dan permintaan anda akan ditunaikan..cewahh...boleh gitu ek..

cakoi with kuah sate

creampuff suri

choc moist

choc moist

blueberry cheese tart

tepung kek segera pelbagai

nasi jagung+ayam masak kicap+acar timun(kalau ayam masak merah takde sapa nak makan pulak so buatla ayam masak kicap kegemaran family saya

Tuesday, January 25, 2011

Choco Mousse Brownies

salam semua..harini nak bagi satu resepi yang sedap rasanya macam makan ice cream..sedap..bak kata anak2 saya..resepi ni saya dah lama simpan ambil kat internet sumber mana dah lupa pulak..ini saya buat untuk customer saya, cik zira..beliau pun sangat puashati dan suka rasanya..tq zira..

resepinya:



Choco muose brownies

Bahan-bahan ( 18cm )

Brownies
45g butter
 

65g gula halus
 

1 biji telur
 

50g tepung gandum
 

1/2 sudu kecil baking powder
 

1 sudu besar serbuk koko
 

Cara-cara


Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
 

Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
 

Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
 

Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
 

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


 

Chocolate Mousse
 

140g coklat masakan
 

1 sudu besar gelatin
 

100ml air
 

2 biji telur putih
 

200g whipping cream
 

40g gula halus

Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. 


AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut 

sepenuhnya.
 

Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak 

coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga 

coklat cair).
 

Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan 

campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan 

sehingga sejukkan.
 

Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). 

Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit. 

Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim. 


Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke 


dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan. 


Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.





Saturday, January 22, 2011

sante fingers

ni resepi sante fingers kegemaran budak dan mak budak..

bahan2:

125gm butter
1/4 cup castor sugar
1 teaspoon vanilla
1 tablespoon condensed milk
1 1/2 cup plain flour
1 teaspoon baking powder
60gm dark choc choppe
almond kisar

mix butter and sugar..beat sampai kembang dan masukkan vanilla, flour dan baking powder dan almond kisar serta chopped dark choc.

masukkan dalam piping beg dan paip panjang dan dia akan mengembang bila bakar ye..suhu antara 180c selama 20min atau sehingga masak.

setelah siap salut dengan coklat cair dan biarkan keras dan bolehla dihidangkan dan simpan dalam bekas kedap udara..

*saya buat tak salut coklat sbb anak2 makan tak sempat selalu..hihi




Friday, January 21, 2011

NASI LEMAK GANJA UNTUK SARAPAN

jom pekena nasi lemak ganja ni..wah memang menakutkan dengar nama tu ye..hihi bukan apa memang nama glamour cam tu..hari2 kat warung tu memang ramai..sekali makan pasti nak berkali-kali dan datang hari-hari..asal nama sebelum ni nasi lemak wak kentut tapi huduh sangat ..tukar lagi power jadi nasi lemak ganja..
ni resepi i bg sekali ye..sapa nak cuba try lah..

bahan untuk Nasi:

-beras dibersih dan ditoskan
-santan pekat
-bawang merah 2 ulas di mayang halus
-serai diketuk
-halia dihiris
-garam secukup rasa
-daun pandan

cara:

-campur semua bahan dan sedikit ait mengikut sukatan beras anda dan kacau sekali sekala supaya santan sebati dengan nasi.

bahan untuk sambal ikan bilis:

-bawang merah 5ulas
-bwg besar 2 ulas
-bawang putih 4 ulas
-belacan ikut citarasa
-ikan bilis segenggam di kisar bersama bahan2 di atas

*bahan2 di atas di blend bersama

- ikan bilis direndam dan dibersihkan
-air asam jawa
-cili giling semangkuk
-daun pandan
-garam
-gula melaka
-gula pasir

cara:

-tumis bahan2 yang di blend tadi bersama daun pandan sehingga naik bau dan agak garing kekuningan
-masukkan cili kering dan air asam jawa dan kacau sehingga agak garing.
-masukkan ikan bilis yang direndam tadi dan kacau lagi
-masukkan gula, gula melaka, garam secukup rasa.
-siap dihidangkan bersama nasi lemak.

Wednesday, January 19, 2011

Hommemade Pizza

hi all..entry today is pizza..teringin nak makan pizza sekali skala sbb kadang tekak ni western kejap ala kampung..macam2..bukan apa bila tengok post2 di kongsi respi macam banyak pulak orang buat pizza..so jadik cam mengidam la pulak..pizza ni memang sedap..i sangat suka buat sendiri sebab boleh letak topping banyak dan cheese yang banyak..i ni sangat sukakan cheese..ni resepi dan topping tu ikut citarasalah nak letak apa yang korang suka as long as jangan membazir udah...


base Pizza:

-200gm tepung roti
-1 sd gula
-garam secubit
-1 sd teh yis
-125ml air suam
-1 sd besar butter
-1 sd besar tepung susu

*yis dilarut bersama air suam dan biarkan kembang

bahan2 topping:

- ayam/daging kisar di tumis dengan -2 ulas bawang putih
-sosej
-lada sulah
-mayonis
-blackpapper
sos cili/sos tomato
-cheese
-capsicum/carrot/bawang besar



Wednesday, January 5, 2011

Moist Banana Choco Muffin

Kat dapur ada seikat pisang yang belum terusik lagi..dah nak lebam nampak gayanya..so apa lagi projek membuat muffinla..ni request anak i yang sulung aban..dia suka sangat banana choco muffin ni..bubuh choc chips n choc rice sikit..tapi yang ni takde choc chips sbb stok takde pulak..bubuh choc rice aje..muffin ni memang sedap dan moist..resepi ni dari Chef Zubaidah masa hadir demo masakan dia.



resepinya:

150gm banana-dilecek
200gm tepung gandum
160gm gula kastor
3 bj telur
120gm minyak masak
1 sdb ovalet
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
coklat rise dan choc chips

cara: pukul semua bahan sehingga pekat dan masukkan choc rise dan choc chips dan kaup balik adunan dan bakar selama 25 min atau sehingga masak
*kalau i suka bubuh semua bahan dalam blender aje pastu masuk choc rise and masuk papercup terus bakar lagi senang..

Nice to try, nice to eat..enjoy..


Tuesday, January 4, 2011

AYAM GOLEK BEREMPAH

Resepi ni i ambil dari majalah saji and alter sikit sebab ikut taste saya bagi rempah dia rasa sikit.Buat ayam golek ni request dari Mr husben sebab nak ajak mak and adik beradik dia makan kat umah sekali..so dengan gigihnya saya pun mengoleklah ayam ni sampai masak..hihi sebenarna golek ayam ni pakai oven jenama MILUX sebab memang tak penah guna function golek menggolek ni..kiranya ni first time la golek ayam..happy tengok oven tu golek ayam..alhamdulillah menjadi and taste memang superb la..sedap..makan sekor sekali hadap jelah tambah pulak cicah dengan sos pencicah dari kelantan.


bahan-bahan:

sukatan i main agak2 je ye..pandai2 la korang agak2 jugak ye
-ayam seekor
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-serai
-kunyit
-jintan manis
-jintan kasar
-serbuk kari
-gula
-garam
-sedikit minyak bijan


bakar 1 jam atau masak 180 degree

PETUA MEMBUAT KEK & BISKUT

SUMBER NI SAYA PETIK DARI ALKIRAM.NET..SHARE UNTUK PANDUAN BERSAMA www.alkiram.net


TIPS MEMBUAT KEK

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
6) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
8) Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.
9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Harap tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.
Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.


PETUA MEMBUAT KEK,KUEH DAN BISKUT

1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.
2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.
3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.
4) Bagi mengukur bahan cairan seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.
5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.
6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.
7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
8) Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.
9) Jangan pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung atau bahan-bahan akhir.
10) Gunakan bekas yang sesuai untuk jenis kek yang berbeza untuk memudahkan anda mengeluarkan kek selepas masak. Seperti kek keju, brownie, slices.
11) Jangan sapu icing atau topping ketika kek masih panas.

TEPUNG DAN SERBUK PENAIK
Jika ketiadaan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri), tambahlah 2 camca teh serbuk penaik untuk setiap 225g tepung biasa. Ayak beberapa kali sebelum digunakan.

COKLAT MASAKAN
Jika ketiadaan coklat masakan, anda boleh gantikan ia dengan serbuk koko. Bagi setiap 175g coklat masakan, campurkan enam camca besar serbuk koko yang sudah diayak bersama-sama tujuh camca besar gula dan 60g lemak sayuran.Untuk mencairkan coklat didalam ketuhar gelombang mikro, letakkan 30g coklat hiris didalam mangkuk. Panaskan pada suhu 100C selama 1-2 minit atau sehingga berkilat. Keluarkan mangkuk dari ketuhar dan kacau sehingga tidak berketul.
TEPUNG JAGUNG
Biasanya kita menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut rangup. Tetapi anda juga boleh menambahkan tepung jagung kedalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai.

PETUA UNTUK BISKUT
Adunan biskut hendaklah diuli dengan perlahan, jika tidak biskut tidak rangup.
Letakkan adunan biskut yang sudah diterap diatas pembakar yang sejuk. Jika tidak biskut akan terlalu mengembang.
Biskut yang terlalu keras boleh dilembutkan dengan meletakkan sekeping roti didalam bekas penyimpanannya. Tukar dengan kepingan baru setiap hari. Roti juga boleh melembutkan gula perang yang mengeras.
1) Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik. Jangan guna mentega yang cair atau terlalu lembut.
2) Pukul mentega dengan kelajuan perlahan terlebih dahulu sebelum menambahkan kelajuan. Anda boleh pukul dengan menggunakan tangan tetapi mengambil masa yang lama.
3) Semua bahan yang hendak disukat dengan cawan atau sudu perlulah dilosekan terlebih dahulu (losely pack) . Jangan padatkan atau tekankan kedalam bekas pengukur. Gunakan bahan ukuran yang dijual dikedai kek. Kesemua bahan hendaklah benar-benar level walaupun ukuran yang menggunakan sudu.
4) Bagi mengukur bahan cairan seperti susu. Letakkan cawan pengukur ditempat yang rata.
5) Panaskan oven kepada suhu yang dikehendaki terlebih dahulu sebelum membakar kek.
6) Jangan buka penutup oven sehingga 2/3 dari jumlah masa yang ditetapkan. Misalnya kek perlu dimasak dalam masa sejam. Anda hanya boleh membuka penutup oven selepas 40 minit kek dibakar. Jangan buka terlalu kerap, Jika tidak kek anda akan bantat atau keras.
7) Untuk menguji samada kek anda telah masak. Cucuk dengan lidi atau pisau kecil dibahagian tengah-tengah kek. Jika lidi atau pisau masih basah, ertinya kek anda belum masak. Tambahkan masa.
8) Pastikan semua bekas yang hendak digunakan benar-benar besih dan kering terutama jika hendak memukul mentega dengan gula atau hendak memukul putih telur.
9) Jangan pukul terlalu lama selepas memasukkan tepung atau bahan-bahan akhir.
10) Gunakan bekas yang sesuai untuk jenis kek yang berbeza untuk memudahkan anda mengeluarkan kek selepas masak. Seperti kek keju, brownie, slices.
11) Jangan sapu icing atau topping ketika kek masih panas.
TEPUNG DAN SERBUK PENAIK
Jika ketiadaan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri), tambahlah 2 camca teh serbuk penaik untuk setiap 225g tepung biasa. Ayak beberapa kali sebelum digunakan.
COKLAT MASAKAN
Jika ketiadaan coklat masakan, anda boleh gantikan ia dengan serbuk koko. Bagi setiap 175g coklat masakan, campurkan enam camca besar serbuk koko yang sudah diayak bersama-sama tujuh camca besar gula dan 60g lemak sayuran.Untuk mencairkan coklat didalam ketuhar gelombang mikro, letakkan 30g coklat hiris didalam mangkuk. Panaskan pada suhu 100C selama 1-2 minit atau sehingga berkilat. Keluarkan mangkuk dari ketuhar dan kacau sehingga tidak berketul.

TEPUNG JAGUNG

Biasanya kita menambahkan tepung jagung dalam adunan biskut untuk membuatkan biskut rangup. Tetapi anda juga boleh menambahkan tepung jagung kedalam kek pada kadar 20 peratus untuk menjadikan kek lebih gebu dan tidak mudah berderai.

PETUA UNTUK BISKUT

Adunan biskut hendaklah diuli dengan perlahan, jika tidak biskut tidak rangup.
Letakkan adunan biskut yang sudah diterap diatas pembakar yang sejuk. Jika tidak biskut akan terlalu mengembang.
Biskut yang terlalu keras boleh dilembutkan dengan meletakkan sekeping roti didalam bekas penyimpanannya. Tukar dengan kepingan baru setiap hari. Roti juga boleh melembutkan gula perang yang mengeras.

TEPUNG KEK ISTIMEWA: CHILLED CHEESECAKE, MOIST CHOC CAKE, SPONGECAKE, BLUEBERRY MUFFIN~~ADUNAN SENDIRI

Untuk pengetahuan semua i ada buat adunan tepung kek sendiri..contohnya Chilled cheesecake, Moist choc cake, Sponge cake, Blueberi muffin..Sangat mudah just tambah bahan2 basah seperti telur, minyak, mentega, susu dan sebagainya..Harga pun murah dan berbaloi..Paling laris Chilled cheese cake, Moist choc cake dan blueberi muffin





lagsana

Hi all..very gud morning..hari nak masuk entri resepi lagsana yang memang i selalu buat dan amek tempahan..kalau nak cuba boleh la amek resepi ni..i amek dengan pakcik San Remo dari Itali Jauh nun di sana..hihik..memang sedap beb..rugi kalau tak cuba.

ingr:

250gm San Remo Instant Lagsana
1 tbsp olive oil
1 onion, finely chopped
1 carrot, finely chopped
1 clove garlic, crushed
500gm beef mince
5 tbsp tomato paste
2 X 400gm canned tomatoes
2 cups of chicken stock
salt and pepper to taste
pinch of oregano and nutmeg
2 tbsp butter
2 tbsp plain flour
2 cup of fresh milk
125gm mozarella cheese

method:

Meat sauce: Heat the oil, add in onion, carrot and garlic cook until soft and add beef, cook until brown, stir in tomato paste and canned tomatoes and chicken stock; salt, pepper and oregano+nutmeg. Cover it and cook gentle for 20mins

Cheese Sauce: Melt the butter in saucepan, stir in flour and cook for 2 mins over gentle heat. Remove from heat and stir in fresh milk and return to heat and stir until thick and smooth. Season with salt, pepper and add mozarella cheese until  cheese melt and away from heat.


Assembly: Heat the oven 175 degrees and pour the 1/2 cup of meat sauce into a lightly greased baking dish.Altenate layers of lagsana, meat and cheese sauce and ending wth cheese sauce.(4 layers). Then sprinkle the top with parmesan cheese and bake 35-40min or untill cooked

Nice to try, nice to eat..


CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bila masuk entri ni mesti rasa mengidam nak makan la pulak cheesecake ni sebab rasa dia macam kat secret resepi. sapa tak cuba rugi la..tapi kalau sapa yang tak berani nak buat lehla order tepung kek ni dari saya just tambah bahan basah aje..contohnya whipping cream dan air sejuk..lagi senang kerja, tak payah nak bakar atau kukus..just chilled masuk peti ais..tapi saya bagi jugakla resepi ni ye sapa nak cuba..saya dapat resepi ni dari sebuah forum..dah lama sampai lupa sebab dulu suka salin resepi..



base:
-digestive biscuit/ marie/oreo
-butter (cairkn).....lam 125gm camtu
-campurkn ke2 ni dan tekan kedlm loyang. Sejukkn selama 15-20 minit dlm peti sejuk

lapisan cheese:
250gm cream cheese
50gm gula castor
200ml whipped cream
15gm gelatin
perahan jus lemon
80gm air sejuk

1. Masak gelatin dan air secara double boil.
2. Pukul cream cheese smpi kembang, masukkn gula dan pukul lg
3. masukkn whipped cream dan pukul lg
4. Masukkn adunan gelatin td, dan kacau sebati
5. Tuangkn ke dlm loyang yg ada base td. Sejukkn sebentar sementara bt lapisan jelly

lapisan jelly: (saya buh filling terus je kat kek tu)

blueberry filling ( 1 bekas kecil)
15gm gelatin dan 80gm air

1. Masak gelatin dan air secara double boil
2. Campurkn adunan gelatin ke dlm blueberry filling.
3. Kacau sebati dan tuangkn keatas lapisan cheese td.
4. Sejukkan selama 5 jam atau lebih


FONDANT CAKE

Kat entry ni i nak tunjuk antara design fondant cake yang i pernah buat..memang cukup susah n perlu teliti sungguh bila nak buat fondant ni..silap haribulan jatuh, habis berkecai..bukan sahaja hancur malah hati pun hancur..sakit hati pun ada..kalau nak buat tuk sebijik kek ni makan 1 hari la kalau fondant tak siapkan awal sehari...patutla harga kek fondant ni mahal..


ni resepi fondant ye since ramai yang request..






ROLLED FONDANT( KHUSUS UNTUK MEMBALUT KEK)


INGR: 
*15GM GELATIN HALAL POWDER
*120GM WATER
*100GM GLUCOSE
*100GM WHITE SHORTENING
*25GM GLYSERINE
*1KG ICING SUGAR (AYAK)

METHOD:
1.DOUBLE BOIL GELATINE POWDER AND WATER
2.ADD GLUCOSE
3.ADD SHORTENING
4.AWAY FROM HEAT, AND ADD IN GLYSERINE
5.LASTLY ADD ICING SUGAR AND WRAP IN PLASTIC OR CONTAINER
6.MIXTURE FOR 2 HOUR BEFORE USE


MODELLING PASTE (FLOWER)

INGR:
*10GM GELATINE HALAL POWDER
*50GM WATER
*30GM GLYSERINE
*30GM SHORTENING
*850GM ICING SUGAR +15GM CMC/ GUM TRAGACANTH( SIFT TOGETHER)
*1 NOS OF EGG WHITE

METHOD:

1. DOUBLE BOIL GELATINE POWDER AND WATER UNTIL MELT
2.ADD IN SHORTENING AND GLUCOSE TILL MELT
3.ADD IN MIXTURE OF ICING SUGAR AND GUM
4.ADD IN EGG WHITE AND MIX IT WELL
5.LASTLY KEEP THE PASTE FOR 12 HOURS BEFORE USE AND KEEP IN THE CONTAINER TO PREVENT THE PASTE TOO HARD
*IF THE PASTE IS TOO HARD, KNEED IT IN SMALL QTTY OF EGG WHITE.

Monday, January 3, 2011

Cheese Tart Orders

Ni la nak tunjuk cheese tart yang orang order dari i..i isi cheese dia memang penuh..puashati makan..takmau la isi sikit2 aje..nanti makan pun tak rasa cheese n blueberi pun..yang ni i bubuh filling blueberi..if u alls nak order lehla nak blueberi ke, strawberi ke, kiwi or chocolate..ikut taste masing2..

250gm butter
-125gm icing sugar
-1 biji telur
-440gm plain flour

*uli doh dan canai dan masuk lam acuan dan tekan2 supaya tak tebal sangat..dan cucuk ngan garfu kat tart tu..
*bakar pada suhu 180c in 10-12min

Filling:
- 250gm cream cheese(saya guna tartura)
-60gm gula icing
-20gm butter
-1 biji egg
-blueberry filling(cari kat kedai ada)

*beat cream cheese + sugar++butter+egg
*piping blueberry fillling kat tengah2 then baru piping cream cheese tadi dalam tart shell hingga penuh
*piping pulak blueberry filling kat atas untuk hiasan
*bakar lagi sekali lam oven 180c (5-8 min)

dah siap..selamat mencoba..




NEW YEAR CAKE

New year baru2 ni buat 1 biji kek for kids..i guna kek pelangi and guna buttercream untuk hiasan. kek pula saya guna adunan tepung kek sponge yang saya adun sendiri..saya memang jual tepung kek..contohnya kek sponge, chilled cheesecake, moist choc cake dan blueberi muffin mix..adunan tepung ni memudahkan kerja sebab hanya perlu tambah bahan-bahan basah sahaja.

inilah hasil hiasannya..rasanya pun macam sebab layer pelbagai jenis rasa, Yam, Strawberi, Orange, Chocolate, pandan

Creampuff suri

Yang ni saje nak bagi korang jelas sebab tgk gambar creampuff, buat terliur je..buat creampuff is very easy and the ingredients pun mudah but dia ada teknik jugak because silap haribulan akan kempisla, kerasla and takde lubang-lubang dalam dia bila nak filling custard.

so ini resepi saya ye.kalau nak ikut silakan.

250ml air sejuk
125gm butter
150gm tepung
4 biji telur
1 sdk gula

masak air dan butter sampai didih , gula sekali ye kalau nak bubuh
kecikkan api, buh tepung kacau cepat-cepat.
tutup api.
buh telur sebiji sebiji, kacau cepat-cepat
lepas tu sudukan atau pipe kan ikut suka hati.
bakar 180degree , 30min......kalau tak masak, elok kembang mekar, keluar oven aje nanti kempis


filling castard

1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
gula agak-agak
kastard - 60gm, 3 sudu

kacau semua sampai kental, jgn tinggal atas api nanti hangus

FOCCACIA BREAD

last nite i baked a Foccasia bread for dinner sebab everybody kat rumah still in mood kenyang nasi..i ikut resepi Chef Peter Lim masa followed his class kat Sayang..so far alhamdulillah jadi n naik gebu sbb betul2 ikut step by step dia..cuma uli pakai tangan aje..BreadMaker takde so apa lagi naikla muscle i ni sebelah tangan..hehe
Selain Foccacia bread , i buat jugak roti Oregano and Sausage Bread Roll for my kids..diorang love very much..
ni resepi yang i guna.


1kg high protein flour
30gm instant yeast
20gm castor sugar
20gm salt
10gm bread improver
oregano
pasley
parmesan cheese
rosemary
600gm chilled water
50gm margerine

for decorate:

olive oil
garlic
pasley
olive slice
rosemary

if u alls nak buat roti sausage tak payahla bubuh cheese and herbs tu..just kosong..but boleh tambah topping cheese and sos kat atas roti.
and for Oregano bread pulak takpayah masukkan Rosemary..just Oregano.bila kita bakar the aroma memang sangat sedap dan menyelerakan.